Khasiat Air Kelapa Muda Terhadap Kesehatan Wanita
PILIHANHATIKU.COM - Air kelapa sememangnya menjadi kegemaran ramai orang, terutamanya kepada rakyat Malaysia yang beriklim panas. Banyak khasiat dalam air kelapa itu sendiri, tanpa perlu menambah bahan perasa seperti gula.
Khasiat Air Kelapa Muda Terhadap Kesehatan Wanita, Air kelapa ini juga berkhasiat tinggi dengan kandungan potassium, klorida, magnesium, kalsium, sodium serta vitamin B kompleks yang diperlukan oleh tubuh. Oleh itu, air kelapa sangat berkhasiat dan mampu memulihkan tenaga apabila anda penat.
Air kelapa juga bisa meningkatkan penghasilan hormon dari kelenjar tiroid yang memberi tenaga pada tubuh. Selepas seminggu minum air kelapa secara konsisten, anda akan dapati badan terasa segar, ringan dan bertenaga.
Kebaikan dari air kelapa kepada kesehatan wanita :
1. Membersihkan Badan dan Kulit
Sebagai sumber hidrasi, air kelapa bagus untuk badan dan kulit anda. Jika diminum setiap hari, air kelapa bertindak sebagai agen mencuci sistem pengaliran darah dan penghadaman yang cukup bagus untuk menyingkirkan toksin .Kandungan mineral dan asid amino yang kaya pula berfungsi sebagai nyah-toksin untuk kulit rosak dan dapat mengekalkan awet muda. Jerawat juga dapat dikurangkan apabila anda membasuh kulit dengan air kelapa.
2. Mampu Mengurangkan Berat Badan
Air kelapa juga akan membantu mengurangkan lemak dan membentuk tubuh yang anda impikan jika diamal meminumnya setiap hari. Kandungan gula dan lemak yang sangat rendah selain asid lauric akan mempercepatkan kadar metabolism dalam membekalkan oksigen dalam badan. Juga sesuai untuk pengidap diabetis.

